Rundingan Dengan PAS Masih Diteruskan - Shamsul

Diterbitkan: Rabu, 25 Mei 2016 4:52 PM

Shamsul Iskandar Akin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PKR akan terus berunding dengan PAS mengenai dua pilihan raya kecil (PRK) yang akan datang iaitu PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar.

Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Akin berkata keutamaan buat masa ini adalah pembangkang memenangi pilihan raya kecil khususnya di Sungai Besar.

"Kami akan meneruskan rundingan. Presiden kami sudah membuat kenyataan bahawa rundingan dan perbincangan sedang dijalankan.

"Namun kami tidak akan mendedahkan maklumat terperinci sehingga mesyuarat majlis presiden pakatan rakyat," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Rabu.

Beliau berkata Pakatan akan mengadakan mesyuarat majlis presiden pakatan rakyat pada tengah hari Khamis di Parlimen.

Ditanya sama ada PKR masih berhasrat untuk bertanding di kerusi itu, Ahli Parlimen Bukit Katil tersebut berkata isu berkenaan tidak dibangkitkan dalam mesyuarat biro politik PKR pada malam Selasa.

"Kami belum membuat keputusan akhir. Seperti yang saya katakan sebelum ini, kami masih ada masa sehingga 5 Jun dan tidak perlu terburu-buru," kata Shamsul.

PAS bagaimanapun beberapa kali mengulangi pendirian bahawa tiada ruang untuk sebarang rundingan dan parti itu tetap akan bertanding pada kedua-dua PRK itu.


Tags / Kata Kunci: PKR , PAS , PRK Sungai Besar

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan