Posting FB Penulis Sambilan Bantu Peniaga Terbabit Kemalangan

Diterbitkan: Rabu, 25 Mei 2016 10:54 AM

Ng Hooi Gaik menunjukkan gambar kereta sorongnya yang rosak akibat kemalangan pada pagi Ahad.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Selepas satu posting di Facebook yang disiarkan oleh penulis sambilan The New York Times-Travel, Robyn Eckhardt, penjual 'char koay kak' Ng Hooi Gaik yang terlibat dalam kemalangan pada Ahad, kini boleh meneruskan perniagaannya seperti biasa.

Posting Eckhardt mengenai insiden itu yang dibuat beberapa jam selepas kemalangan pagi Ahad telah mendapat banyak maklum balas positif daripada orang ramai di Pulau Pinang dan juga di luar negara.

Dalam postingnya yang turut menggesa ia dikongsi oleh orang ramai, dia menyebut bahawa Ng telah dilanggar oleh pemandu mabuk di Lebuh Carnarvon ketika dalam perjalanan untuk berniaga di Lebuh Kimberley.

"Kami telah menyerahkan sejumlah wang tunai untuk Ng dan selebihnya akan diberikan minggu ini. Keadaannya baik dari segi fizikal," Eckhardt menjawab e-mel daripada The Star, Selasa.

Pemeriksaan terhadap Ng, 59, di rumahnya disewa di Lebuh Melayu pada Selasa mendapati dia secara fizikalnya nampak sihat walaupun terdapat sakit-sakit di beberapa bahagian badan.

Suaminya Ong Lay Choon, 58, berkata keluarganya tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk berjumpa pakar.

Dia bagaimanapun mengucapkan terima kasih Eckhardt dan orang ramai kerana telah menghulurkan sumbangan.

"Kami menerima RM2,040 daripada Eckhardt pada petang Ahad. Kami benar-benar berterima kasih kepada semua yang membantu," katanya.

Ng berkata, dia sedang menolak kereta sorongnya dalam aliran trafik di sepanjang Lebuh Carnarvon menghala ke Lebuh Kimberley kira-kira pukul 7.25 pagi apabila kejadian itu berlaku.

"Kereta itu dipandu agak laju dan menuju ke arah saya. Saya tergamam dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

"Kereta itu kemudian melanggar saya dan kereta tolak dan semua barang jatuh ke tanah," katanya, sambil menambah suaminya juga menggunakan kereta tolak itu untuk menjual durian.

Ng berkata kereta sorong itu telah dihantar dibaiki di Jalan Pintal Tali dan dijangka siap pada Jumaat.

Adun Komtar Teh Lai Heng berjanji untuk membantu menanggung kos pembaikan.
Tags / Kata Kunci: posting FB , Robyn Eckhardt

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan