Mereka Kembali Dan 'Membunuh' Cameron Highlands

Diterbitkan: Rabu, 25 Mei 2016 8:44 AM

(Ubah saiz teks)

CAMERON HIGHLANDS: Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Selasa mengesan lapan kawasan pertanian, yang telah dibersihkan menerusi Ops Gading Fasa 1 pada tahun lepas, diterokai semula secara haram.

Setiausaha MKN Datuk Seri Alias Ahmad berkata pihaknya mendapati tiga kawasan baharu seluas tujuh hektar turut diceroboh peneroka haram bagi tujuan yang sama.

"Dalam Ops Gading lepas, kita telah bersihkan hampir 83 peratus kawasan penerokaan haram. Kini dalam Ops Gading Fasa Dua, kita mendapati lapan kawasan telah diterokai semula dan tiga kawasan baharu dibuka.

"Antara kawasan yang diterokai semula adalah empat di Ringlet, dua di Sungai Mansion, satu di Kampung Raja dan satu di Lembah Bertam manakala kawasan baharu pula adalah di Blue Valley dan Lembah Bertam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Ops Gading Fasa 2 di Pejabat Daerah dan Tanah di sini, Selasa.

Ops Gading Fasa 2 dilancarkan pada Mei lepas manakala Ops Gading Fasa 1 pada Disember 2014 bertujuan membendung kegiatan penerokaan tanah secara haram dan kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di Cameron Highlands.

Seramai 57 anggota daripada 18 agensi termasuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen terlibat dalam operasi kali ini.

Ops Gading Fasa 1 berjaya merobohkan 83 peratus struktur haram di 2,258.16 hektar kawasan pertanian.

Alias berkata setakat ini, sebanyak 84 kertas siasatan mengenai penerokaan tanah secara haram telah dibuka dan dua individu telah disabit kesalahan dengan dikenakan denda sebanyak RM10,000.

Dalam pada itu, beliau berkata usaha pihak berkuasa memulihkan Cameron Highlands turut berdepan dengan ancaman apabila menerima beberapa aduan ugutan daripada anggotanya.

"Pihak polis akan dirujuk mengenai perkara ini kerana terdapat ancaman kepada pasukan penguat kuasa kita. Ada yang membaling botol, ada ugutan mahu mencederakan termasuk dikenakan sumpitan.

"Tidak mudah untuk kita lakukan operasi ini kerana adanya ancaman dan ugutan...walaupun sekadar ugutan, tetapi kita tidak memandang ringan perkara ini. Kita akan laporkan kepada polis untuk pastikan operasi yang dijalankan selamat," katanya.

Sementara itu, wakil media dibawa ke sekitar kawasan Blue Valley sebelum Tenaga Nasional Berhad menjalankan pemotongan bekalan elektrik di lokasi tanah haram yang diterokai semula.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan