Pemeriksaan Imigresen Di KLIA Berjalan Lancar

Diterbitkan: Rabu, 25 Mei 2016 10:18 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seminggu selepas kaunter-kaunter di pintu masuk utama negara telah diselar kerana mengalami masalah sistem saringan, urusan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kini berjalan lancar.

Pelancong antarabangsa di KLIA berkata mereka tidak tahu-menahu bahawa Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs) berdepan masalah, menyatakan bahawa mereka telah bergerak melepasi tempat pemeriksaan dalam masa hanya beberapa minit.

"Tiada barisan panjang. Saya hanya mengambil masa dua minit untuk beratur dan membuat pemeriksaan daftar masuk," kata seorang pelancong dari Australia.

Pasangan dari Belanda berkata tiada barisan panjang di kaunter Imigresen apabila mereka tiba di sini pada tengah hari Selasa.

Di pintu pelepasan antarabangsa, pegawai Imigresen mencatatkan urusan pelancong dengan purata 15 saat seorang.

Hampir tiada barisan dapat dilihat pada waktu makan tengah hari di lapangan terbang itu.

Di KLIA2, para pelancong berkata masa menunggu adalah di bawah tiga minit.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan membidas sistem pengimbasan IT jabatan itu yang dikatakan sering mengalami gangguan, menimbulkan keraguan terhadap keupayaan Jabatan Imigresen untuk melindungi potensi ancaman terhadap mereka yang masuk dan meninggalkan negara ini.

Semasa lawatannya ke KLIA minggu lepas, beliau berkata myIMMs telah tergendala selama kira-kira satu jam. Beliau mahu masalah itu diselesaikan dengan segera.

Sistem ini juga dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara di mana kredibiliti dalam saringan pangkalan datanya di lapangan terbang dipertikaikan walaupun telah dibayar oleh Kementerian Dalam Negeri untuk berbuat demikian itu.
Tags / Kata Kunci: sistem saringan imigresen , myIMMs

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan