Pegawai IT Dalang Sabotaj myIMMs

Diterbitkan: Rabu, 25 Mei 2016 7:00 AM

Prosedur biometrik dengan imbasan cap jari bagi saringan keselamatan dilakukan di kaunter Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bukan pegawai Imigresen, tetapi penjawat awam yang memiliki kepakaran dalam bidang teknologi maklumat (IT) disyaki menjadi dalang mensabotaj Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs).

Setakat ini, enam pegawai terlibat telah ditukarkan ke jabatan lain, manakala bakinya dalam proses untuk dipindahkan bagi membolehkan pasukan khas yang ditubuhkan menjalankan siasatan.

Selain bertugas di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen, ada diantara pegawai berkenaan berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri yang bertugas di bahagian pengurusan khidmat dan pemerolehan.

Sumber memberitahu mStar Online, beberapa pegawai IT yang disyaki terlibat berpengalaman dalam mengendalikan myIMMs sejak beberapa tahun lalu.

"Mereka bertugas di bahagian teknologi maklumat dan berpengalaman mengendalikan myIMMs.

"Saya percaya pertukaran pegawai-pegawai ini berkaitan isu myIMMs," katanya.

Bagaimanapun, sumber berkenaan tidak memperincikan jumlah sebenar pegawai IT yang telah ditukarkan itu dan akan dikenakan tindakan disiplin susulan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2015.

Pada Isnin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya percaya wujud perbuatan sabotaj dalam pelaksanaan myIMMs.

Terdahulu pada 18 Mei, Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 1 mendedahkan myIMMs yang dibangunkan bagi menyokong operasi utama Jabatan Imigresen kurang memuaskan dan menyebabkan objektifnya terjejas.

Menurut laporan itu, kemudahan biometrik myIMMs bernilai RM10.3 juta telah dibekalkan dan dibayar, tetapi tidak dipasang dan diguna pakai di pintu masuk negara bagi tujuan penyaringan dan pengesahan identiti warga asing dan juga rakyat Malaysia.


Tags / Kata Kunci: myIMMs , Imigresen , Jabatan Perdana Menteri , IT

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan