Maklumat Perubahan Kod Negeri Kad Pengenalan Pahang Adalah Palsu - JPN

Diterbitkan: Rabu, 25 Mei 2016 3:18 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tiada penukaran kod kelahiran dalam kad pengenalan bagi Pahang, tegas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Sehubungan itu, JPN berkata maklumat yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp baru-baru ini adalah palsu.

JPN dalam kenyataan hari ini menegaskan sehingga kini tiada sebarang perubahan pada kod negeri kelahiran untuk Pahang iaitu 06, 32 dan 33.

Justeru, jabatan itu mengingatkan orang ramai agar berwaspada dan tidak mempercayai hebahan tersebut.

JPN juga menegaskan, maklumat penting yang melibatkan rekod pengenalan diri individu adalah tidak wajar dipermainkan kerana boleh menyebabkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Untuk makluman, orang ramai boleh membuat semakan kod negeri kelahiran di Malaysia melalui Portal Rasmi JPN di www.jpn.gov.my atau capaian terus ke url http://www.jpn.gov.my/kod-negeri/

Menurutnya bagi mendapatkan sebarang maklumat yang berkaitan JPN, orang ramai juga dinasihatkan menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN di talian 03-88807077 atau emel ke pro@jpn.gov.my.

Tags / Kata Kunci: JPN , Pahang

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan