Mahu Bas Ekspres Mesra OKU Ke Lapangan Terbang

Diterbitkan: Rabu, 25 Mei 2016 6:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan bas ekspres ke lapangan terbang perlu lebih mesra golongan Orang Kurang Upaya (OKU), kata Persatuan Orang-Orang Cacat Anggota Malaysia.

Setiausaha kehormatnya, Miskan Kasiman berkata kemudahan itu penting bagi memudahkan golongan tersebut menikmati kemudahan awam seperti orang normal.

"OKU terutama yang berkerusi roda perlu memanjat tangga setiap kali menaiki bas kerana buat masa ini kebanyakan perkhidmatan bas ekspres tidak mesra OKU," katanya.

Miskan berkata demikian pada mesyuarat Menyediakan Perkhidmatan Bas Ekspres Lapangan Terbang Mesra OKU Laluan KL Sentral ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2, di sini, Rabu.

Turut hadir mewakili Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ke mesyuarat itu adalah Pengurus Pelesenan Jalan Raya Muhammad Shazli Mohamed Taib.

Miskan berkata walaupun terdapat perkhidmatan Ekspress Rail Link (ERL) untuk ke destinasi itu, harga tambang yang dikenakan adalah tinggi.

"Orang normal masih lagi mempunyai pilihan sama ada mahu menaiki bas atau ERL tetapi golongan OKU tidak ada pilihan," katanya. 

Menurut Miskan walaupun terdapat harga istimewa untuk golongan itu menaiki perkhidmatan keretapi laju tersebut, ia masih di luar kemampuan mereka.

Sementara itu, pengasas syarikat perkhidmatan pengangkutan MHasnor Holdings (M) Sdn Bhd Datuk Mohd Hasnor Mahmud berkata pihaknya telah menghantar permohonan kepada SPAD Isnin lalu bagi menyediakan perkhidmatan tersebut memandangkan ia belum disediakan pengusaha bas ekspres lapangan terbang lain.

"Sebelum ini, ada dua syarikat yang membuat permohonan sama, namun tidak diluluskan SPAD atas sebab 'penawaran di laluan tersebut telah melebihi permintaan'.

"Namun kita sedia maklum kemudahan bas ekspres lapangan terbang sedia ada tidak mesra OKU dan ia menyukarkan golongan itu menaiki bas," katanya.

Mohd Hasnor berkata mengikut perancangan, syarikat itu akan menyediakan bas dua tingkat dengan kemudahan lantai boleh laras dan beberapa kemudahan mesra OKU yang lain.

Katanya bas itu dijangka dapat memuatkan 50 individu di bahagian atas dan 9 kerusi roda di tingkat bawah.

"Namun semuanya bergantung kepada kelulusan SPAD, saya amat berharap SPAD akan meluluskan permohonan kami demi kebaikan OKU dan semua pengguna," katanya.   --Bernama

Tags / Kata Kunci: OKU , KLIA , bas ekspres

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan