Pasukan Petugas Siasat Pelaksanaan myIMMs - KSU KDN

Diterbitkan: Selasa, 24 Mei 2016 6:48 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Satu pasukan petugas diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Alwi Ibrahim ditubuhkan untuk menyiasat pelaksanaan Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs).

Alwi berkata, pasukan itu kini dalam proses mengumpul dokumen berkaitan bagi mengenal pasti kelemahan pelaksanaan myIMMs.

"Siasatan awal mendapati ia melibatkan pegawai Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2).

Sesetengah pegawai sudah ditukarkan dan ada yang dalam proses (pertukaran)," katanya kepada pemberita selepas sesi Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa bersama media susulan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2015 Siri 1 di sini, Selasa.

Dalam LKAN 2015 Siri 1 menyatakan myIMMs yang dibangunkan bagi menyokong operasi utama Jabatan Imigresen kurang memuaskan dan menyebabkan objektifnya terjejas.

Menurut laporan itu, kemudahan biometrik myIMMs bernilai RM10.3 juta telah dibekalkan dan dibayar, tetapi tidak dipasang dan diguna pakai di pintu masuk negara bagi tujuan penyaringan dan pengesahan identiti warga asing dan juga rakyat Malaysia.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya percaya wujud perbuatan sabotaj dalam pelaksanaan myIMMs oleh Jabatan Imigresen. 

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut berkata beberapa nama dikenal pasti dan akan diumumkan sendiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Sakib Kusmi serta Polis Diraja Malaysia.

Sementara itu, Sakib berkata Jabatan Imigresen akan menyiasat elemen sabotaj di peringkat dalaman dan luar termasuk penglibatan pihak vendor dan warga asing yang menyebabkan pelaksanaan myIMMs sering tergendala.

"Kita sedang meneruskan siasatan bagi menentukan siapa yang terlibat. Kita akan membuat pengumuman bersama pihak polis apabila masa tiba. 

Pihak ini tidak dipanggil lagi. Siasatan sedang dijalankan. Apabila tiba masanya, mereka akan dipanggil," katanya. --Bernama

Tags / Kata Kunci: myIMMs , Alwi Ibrahim , KDN

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan