PAS Akan Kalah 3,000 Undi Di PRK Sungai Besar - Kajian

Diterbitkan: Selasa, 24 Mei 2016 10:17 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Kajian yang dijalankan oleh sebuah badan pemikir untuk Pakatan Harapan mendedahkan bahawa PAS akan kehilangan kira-kira 3,000 undi kepada Barisan Nasional (BN) jika bertanding di kerusi Parlimen Sungai Besar.

Satu sumber yang rapat dengan Pakatan Harapan berkata PKR akan menang dengan sekurang-kurangnya majoriti 1,000 undi, tetapi BN akan menang dengan majoriti 5,000 undi jika berlakunya pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan Parti Amanah Negara (Amanah).

"Kami mahu memenangi kerusi itu dan PAS perlu memahami dan bekerjasama dengan sebahagian daripada kami yang lain," katanya.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Mat Shuhaimi Shafiei berkata PKR bersedia berbincang untuk parti itu untuk bertanding pada PRK sahaja dan kerusi itu akan dikembalikan semula kepada PAS pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Mat Shuhaimi berkata tidak berbaloi untuk PAS hilang kedudukan strategik dalam kerajaan negeri untuk satu kerusi Parlimen apabila perkara itu boleh dikompromi.

"Terbaik bagi PAS adalah dengan menerima penyelesaian jalan tengah daripada bertanding di Sungai Besar dan kalah," katanya.

Sementara itu, satu lagi sumber PKR berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah meletakkan tiga Exco PAS dalam kerajaan Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib dalam kedudukan yang sukar dengan berkata mereka bersedia untuk hilang kedudukan supaya parti itu dapat bertanding di Sungai Besar.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan