Warga Emas Maut Dihempap Papan Iklan

Diterbitkan: Selasa, 24 Mei 2016 6:16 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya dihempap sebuah papan iklan ketika berhenti di lampu isyarat persimpangan Jalan Pokok Mangga menghala ke Klebang di sini, pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata Ahmad Yusop Omar, 64, seorang pengawal keselamatan dari Taman Tangga Batu di sini meninggal dunia di tempat kejadian, dalam kejadian 7.15 pagi itu.

"Sebelum kejadian mangsa yang menunggang motosikal dari arah lampu isyarat Jalan Limbongan menghala ke Dataran 1Malaysia berhenti di lampu isyarat di persimpangan Jalan Pokok Mangga kerana lampu merah, sebelum papan iklan berada di bahu kiri jalan tiba-tiba jatuh dan menghempap mangsa.

"Siasatan awal mendapati ketika kejadian hujan lebat dan papan iklan tersebut di bawah penyeliaan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasatdan punca kejadian masih dalam siasatan. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Papan iklan. hempap

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan