Kebanyakan Kes Bankrap Pada 2014, 2015 Akibat Pinjaman Peribadi - Tee Yong

Diterbitkan: Selasa, 24 Mei 2016 3:03 PM

Datuk Chua Tee Yong

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kebanyakan kes bankrap pada tahun 2014 dan 2015 berlaku disebabkan masalah pinjaman peribadi, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong.

Katanya masalah sewa beli kenderaan juga menjadi punca seseorang individu bankrap.

"Mengikut statistik kes kebankrapan daripada 2011 hingga 2015, isu kebankrapan kategori paling tinggi adalah akibat kedua-dua masalah itu," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Selasa.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Datu Nasrun Datu Mansur (BN-Silam) yang ingin tahu langkah kerajaan mengawal penggunaan kad kredit dalam kalangan generasi muda bagi mengelak muflis.

Chua berkata sebanyak 18,457 kes bankrap dilaporkan pada 2015.

Menjelaskan mengenai hutang kad kredit, Chua berkata bagi mengawal penggunaan kad itu, Bank Negara Malaysia (BNM) menetapkan syarat tertentu antaranya perlu mematuhi pendapatan minimum RM24,000 setahun.

"Malah, statistik menunjukkan kadar kelulusan permohonan kad kredit bukan 80 peratus, sebaliknya ia antara 50 hingga 60 peratus sahaja," katanya.

Menjawab soalan asal Datu Nasrun mengenai inisiatif kerajaan memastikan jumlah hutang isi rumah adalah terkawal, Chua berkata BNM melaksanakan pelbagai langkah progresif bagi membendung kenaikan hutang isi rumah sejak 2010.

Selain itu, katanya, turut dilaksanakan adalah Program Pengurusan Wang Ringgit Anda (POWER) dan program Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk mempertingkatkan kesedaran dan kemahiran pengurusan kewangan.

Menurut Chua sehingga akhir tahun lepas, jumlah hutang isi rumah di negara ini adalah sebanyak RM1,030 bilion dengan 80 peratus daripada sistem perbankan dan 20 peratus daripada institusi kewangan bukan bank, merangkumi 89.1 daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Daripada jumlah itu, 62.6 peratus adalah untuk pengumpulan aset iaitu pembelian harta tanah dan pelaburan dalam aset kewangan," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan