Bomba Selamatkan Kuda Betina Jatuh Longkang

Diterbitkan: Selasa, 24 Mei 2016 10:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: abatan Bomba dan Penyelamat Selangor menyelamatkan seekor kuda betina yang terjatuh ke dalam longkang sedalam kira-kira dua meter di Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan dekat sini, Selasa.

Pegawai Bomba Kanan Dua Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya Mohd Sabri Ismail berkata tujuh anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada 12.37 tengah hari.

Bomba mengambil masa kira-kira 40 minit untuk menyelamatkan haiwan itu dengan membina tangga khas daripada kayu-kayu terbuang yang diperoleh dari kebun berhampiran, katanya ketika dihubungi Bernama.

"Pemilik kuda turut membantu anggota bomba bagi mengeluarkan haiwan peliharaannya dan kuda itu tenang semasa operasi menyelamat dijalankan,"katanya.

Katanya, terdapat kesan luka di bahagian kaki kiri belakang kuda itu, akibat terjatuh dalam longkang berkenaan. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Bomba , Selamatkan Kuda

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan