1MDB Maklum Perkembangan Terkini Kepada Pemegang Bon Dolar Amaerika

Diterbitkan: Selasa, 24 Mei 2016 1:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB)  memulakan komunikasi pertama untuk memberi makluman terkini berkenaan bon dalam  denominasi dolar AS kepada pemegang bon tersebut.

Dalam satu kenyataan, syarikat pelaburan strategik kerajaan itu berkata komunikasi pertama itu dibuat semalam bagi memaklumkan pemegang bon tentang perkembangan terkini status bon, menerangkan langkah-langkah proses seterusnya dan juga menjelaskan mengenai pelan rasionalisasinya.

Selain itu, latar belakang kepada keputusan 1MDB untuk tidak membuat  pembayaran faedah bagi nota Langat juga dibincangkan.

1MDB juga mengulangi komitmen untuk bekerja secara terbuka dengan firma Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company, untuk menyelesaikan pertikaian itu, mengenai obligasi kedua-dua pihak berkenaan dengan nota tertentu yang diterbitkan secara umum.


"1MDB komited kepada dialog terbuka dengan pemegang bon dalam seluruh  proses ini dan akan ada komunikasi selanjutnya dalam masa terdekat.

"1MDB meminta pemegang bon yang belum berbuat demikian supaya memaklumkan  identiti dan pegangan mereka kepada DF King Ltd," kata syarikat itu, sambil menambah bahawa DF King adalah ejen pengenalan dan maklumat 1MDB.
Tags / Kata Kunci: 1MDB , dolar AS

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan