“Vida Senyap Saja” – Pemilik Rayani Air

Diterbitkan: Isnin, 23 Mei 2016 2:33 PM

Ravi (kiri) tertanya-tanya sejauh mana minat Vida (kanan) untuk membeli saham Rayani Air.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hasrat pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman untuk membeli saham Rayani Air menjadi tanda tanya berikutan masih belum ada perbincangan dibuat dengan syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara itu.

Pemilik Rayani Air, Ravi Alagendrran berkata, tiada pertemuan yang diaturkan bersama Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Dr Vida sehingga kini.

Hal demikian menyebabkan Ravi tertanya-tanya mengenai sejauh mana minat Vida untuk berbincang dengan pihaknya seperti yang diuar-uarkannya sebelum ini.

“Tiada, dia (Vida) senyap saja,” katanya kepada mStar Online pada Isnin ketika ditanya mengenai perkembangan berhubung urusan pelabur membabitkan jutawan kosmestik itu.

Sementara itu, isteri Ravi, Datuk Karthiyani Govindan selaku Pengarah Kewangan dan Sumber Manusia Rayani Air berkata, pintu rundingan mengenai saham syarikat penerbangan itu masih terbuka buat Vida.

“Kita langsung tidak berjumpa dengan dia (Vida). Jika dia benar-benar berminat, kita boleh berjumpa di pejabat saya,” tambah Karthiyani.

Vida sebelum ini dilaporkan sedang mengintai peluang untuk membeli saham Rayani Air tetapi enggan menanggung beban hutang syarikat penerbangan tersebut.

mStar Online sebelum ini melaporkan pemilik Rayani Air sedia melepaskan pegangan saham kepada pelabur baharu bagi menyelamatkan syarikat penerbangan itu.

Malah, Ravi memberi peluang kepada Vida untuk mengambil alih syarikatnya atau membeli 51 peratus saham.

Pada 11 April lalu, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengeluarkan arahan penggantungan sementara Sijil Operator Udara Rayani Air selama tiga bulan.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan