11 Syarikat Pelancongan Dibatal Lesen Berkaitan Pakej Umrah

Diterbitkan: Isnin, 23 Mei 2016 10:04 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

ALOR GAJAH: Sebanyak 57 kes berkaitan kesalahan pengendalian pakej umrah membabitkan 12 syarikat dengan jumlah kompaun kira-kira RM240,000 direkodkan sejak 2012 hingga April lepas, kata Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Beliau berkata, lesen 11 syarikat itu dibatalkan manakala lesen pelancongan luar negara sebuah lagi syarikat ditarik balik.

Katanya selain itu, sebanyak 3,400 kes berkaitan penipuan pakej umrah difailkan melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia dengan nilai tuntutan kira-kira RM20.77 juta dalam tempoh yang sama.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula merekodkan sebanyak 216 kes penipuan pakej umrah atau haji dengan nilai kerugian kira-kira RM9.1 juta dalam tempoh masa sama.

"Semua kes ini melibatkan kegagalan agensi pelancongan mendapatkan visa umrah, tiada tiket penerbangan, pembatalan atau penangguhan pakej umrah serta pelanggaran terma dan syarat pakej umrah," katanya kepada pemberita selepas Program Kempen Kesedaran Mengenai Penipuan Pakej Umrah/Ziarah dan Hak Kepenggunaan 2016 di sini, Ahad.

Mas Ermieyati berkata, dalam usaha menangani masalah penipuan umrah oleh syarikat pelancongan, kementerian melaksanakan pelbagai usaha seperti penganjuran kempen kesedaran dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, polis dan Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU).

Beliau berkata, pihak kementerian turut mengadakan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan di seluruh negara bagi mengawal penggantungan papan iklan melibatkan agensi pelancongan tidak berlesen yang menawarkan pakej umrah dan haji.

Katanya, bagi mengelak ditipu orang ramai perlu prihatin dengan harga pakej yang ditawarkan kerana harga minimum pakej umrah ditetapkan MKSU adalah RM4,900 untuk tempoh 12 hari 10 malam.

Dalam perkembangan lain, Mas Ermieyati berkata, kementerian berhasrat  memperluaskan konsep ‘kampungstay’ di seluruh negara bagi memberi keselesaan pada pelancong.

"Kementerian membenarkan pemilik homestay yang berdaftar dengan kita untuk memperluaskan lagi perkhidmatan homestay mereka kepada 'kampungstay'. Justeru kita menggalakkan lebih ramai pemilik homestay berdaftar di bawah program ini," katanya.

Katanya, sehingga tahun 2015 hanya sebanyak 185 homestay berdaftar di seluruh negara dan jumlah tersebut masih belum mencukupi bagi menampung jumlah pelancong ke negara ini. - Bernama

Tags / Kata Kunci: umrah , Mas Ermieyati Samsudin

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan