Proton Panggil Balik Inspira, Exora Cps 1.6 Terpilih Untuk Penambahbaikan

Diterbitkan: Isnin, 23 Mei 2016 8:22 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (Proton) memanggil balik 20,330 unit Proton Inspira, produk keluaran Mitsubishi bagi tujuan penambahbaikan.

Dalam satu kenyataan hari ini, pengeluar kereta itu berkata, ia seiring dengan Mitsubishi Motors Jepun yang telah memanggil balik model Mitsubishi terpilih di seluruh dunia berikutan kerosakan pada suis indikator.

"Unit Proton Inspira yang dipanggil balik terbabit dikeluarkan mulai 2010 hingga 2014, yang dipasangkan suis indikator yang dibekalkan Mitsubishi," katanya.

Proton juga menasihatkan kira-kira 90,000 pemilik Exora CPS 1.6 yang dikeluarkan di antara 2009 dan 2015, untuk membuat pemeriksaan pada laluan saluran bahan api di bahagian enjin kenderaan mereka.

Semua kos pekerja dan bahagian yang berkaitan dengan isu itu akan ditanggung pihak Proton, katanya.

Pemilik kereta yang terjejas yang ingin membuat sebarang pertanyaan dan bantuan boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Proton di talian 1-800-888-398 atau e-mel customercare@proton.com atau melayari www.proton.com dan laman mikro www.carinquiry.proton.com.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Proton , Inspira , Exora

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan