PRK: MIC Yakin Mampu Tambat Hati Pengundi

Diterbitkan: Isnin, 23 Mei 2016 4:12 PM

Datuk Seri S.K Devamany.

(Ubah saiz teks)

IPOH: MIC yakin mampu menawan hati pengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor bulan depan, kata Timbalan Presidennya Datuk Seri S.K Devamany.

Beliau berkata ini berdasarkan parti selama ini sentiasa menyelami dan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi masyarakat India di kedua-dua kawasan Parlimen itu, selain telah mengenal pasti 60 peratus pengundi India secara individu.

"Beberapa pemimpin di peringkat akar umbi telahpun pergi ke kawasan pengundi India dan mengenal pasti masalah penduduk seperti masalah kuil, longkang jalan, lopak air dan sampah," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

Devamany yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Perak berkata kepimpinan MIC tidak hanya turun padang apabila adanya PRK, tetapi setiap masa mendekati dan menyelesaikan masalah kaum India.

Katanya MIC juga akan memberi penerangan kepada pengundi di kedua-dua kawasan mengenai jasa serta sumbangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selama memegang tampuk kepimpinan terutama dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat India.

"MIC bukan setakat bersedia tetapi telah habis buat kerja dan sekarang hanya tinggal mengeratkan lagi silaturrahim dan menerangkan kepada masyarakat India apakah hala tuju negara," kata Devamany.

Parlimen Sungai Besar mempunyai 42,655 pemilih berdaftar dan daripada jumlah itu 820 orang adalah pengundi India, manakala di Parlimen Kuala Kangsar terdapat 2,299 pengundi India daripada 32,949 pemilih berdaftar.

PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar perlu diadakan berikutan kematian Anggota Parlimen masing-masing iaitu Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan serentak pada 18 Jun ini manakala penamaan calon pada 5 Jun.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan