PLKN 2.0 Dapat Kerjasama Swasta Sedia Peluang Pekerjaan Kepada Pelatih

Diterbitkan: Isnin, 23 Mei 2016 4:14 PM

Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (tengah) bersama pelatih PLKN.

(Ubah saiz teks)

DENGKIL: Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2.0 akan berpeluang mendapat pekerjaan di sektor swasta melalui kerjasama Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dengan syarikat swasta.

Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrasshid berkata inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu memberi peluang kepada pelatih yang berminat untuk terus mendapat latihan lanjutan dan bekerja dengan syarikat berkenaan selepas sesuatu program itu tamat.

"Kerjasama ini adalah sejajar dengan konsep PLKN 2.0 yang fokus untuk menyediakan generasi muda yang mempunyai kemahiran teknikal dan vokasional untuk pasaran kerja," katanya selepas melancarkan perjanjian Kerjasama JLKN dengan Syarikat Proguard Security Services (M) Sdn Bhd, di Kem PLKN Paya Indah, di sini hari ini.

Setakat ini, 17 alumni program perintis PLKN 2.0 dipilih mengikuti latihan lanjut yang ditawarkan syarikat itu untuk menjadi pegawai dan anggota skuad elit dalam bidang kawalan statik, kawalan bersenjata api dan kawalan peribadi.

Beliau berkata kerjasama itu sekali gus diharap dapat memecah monopoli pekerja asing dalam sektor keselamatan selain menurunkan kadar pengangguran.

Noor Ehsanuddin berkata syarikat swasta yang lain juga digalakkan untuk bekerjasama dengan JLKN bagi memberi peluang penempatan kerja kepada pelatih PLKN 2.0 yang telah didedahkan kepada latihan kemahiran sepanjang lapan minggu mengikuti program itu.

"Alumni PLKN 2.0 ini telah dibina dengan satu jati diri yang baik untuk mengikuti latihan lanjutan, jadi syarikat-syarikat yang berminat untuk mengambil mereka bekerja akan mendapat pelatih yang berdisiplin," katanya.

Beliau berkata selain kerjasama dengan pihak swasta, JLKN juga mendapat kerjasama daripada 10 kementerian dan 400 Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)untuk memberikan latihan lanjutan kepada pelatih PLKN 2.0.

"Bagi pengambilan pertama PLKN 2.0, seramai 20,000 orang ini, sebanyak 15,000 peluang latihan di institusi latihan telah disediakan kepada mereka yang berminat," katanya.

PLKN 2.0 telah ditransformasikan dengan pendekatan baharu bagi memperkukuhkan pencapaian objektif program itu yang dilaksanakan sejak 2004.

Ia dilaksanakan dalam dua fasa iaitu fasa pertama melibatkan Program Pembelajaran Bersepadu (ILP) menggunakan lapan modul selama lapan minggu di 81 kem di seluruh negara, diikuti fasa kedua iaitu latihan di institusi kemahiran.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan