Pekerja Binaan Di Gunung Kinabalu Meninggal Dunia

Diterbitkan: Isnin, 23 Mei 2016 11:12 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seorang pekerja binaan di Laban Rata, Gunung Kinabalu meninggal dunia awal pagi Isnin.

Azril Hamizi Sahari,28, dilaporkan mengalami masalah pernafasan sebelum ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh sepupunya pada pukul 1.15 pagi.

Sepupunya itu terus melaporkan kejadian tersebut kepada kakitangan Sabah Park dan pertolongan tiba pada pukul 2 pagi, namun gagal menemui denyutan nadi.

Pihak renjer cuba membantu mangsa dengan memberi pertolongan CPR tetapi tidak berhasil.

Jurucakap Pasukan Penyelamat Dan Bomba Ranau berkata, pihaknya telah membawa turun Azril dan menghantar ke hospital selepas mendapat panggilan kecemasan pada pukul 2.17 pagi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan