KWSP Terima 33,824 Permohonan Pengeluaran Bayar PTPTN

Diterbitkan: Isnin, 23 Mei 2016 6:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerima 33,824 permohonan mengeluarkan caruman kira-kira RM235.7 juta bagi menyelesaikan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sejak Januari hingga April tahun ini.

Menurut Kementerian Kewangan, bagi tahun 2015 pula, KWSP menerima 26,568 permohonan melibatkan jumlah keseluruhan RM209.2 juta.

"Seksyen 54 (6) Akta KWSP 1991 membenarkan ahli membuat pengeluaran KWSP bagi membiayai pengajian tinggi bagi diri sendiri atau anak pencarum.

"Kelayakan adalah berdasarkan amaun simpanan dalam akaun dua, fi pengajian atau pinjaman pendidikan mengikut mana yang rendah," menurut jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Anggota Parlimen Ahmad Lai Bujang (BN-Sibuti) dalam pertanyaannya meminta Menteri Kewangan menyatakan jumlah pencarum KWSP yang menggunakan akaun dua bagi menyelesaikan hutang PTPTN.

Kementerian itu berkata jumlah keseluruhan pengeluaran caruman KWSP bagi tujuan pembiayaan pendidikan sepanjang tahun lepas yang diluluskan pula ialah sebanyak 65,787 dengan jumlah keseluruhan bernilai RM578.2 juta. -Bernama

Tags / Kata Kunci: KWSP , PTPTN

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan