Kualiti Udara Dipantau Ekoran Debu Letusan Gunung Berapi Sinabung - Wan Junaidi

Diterbitkan: Isnin, 23 Mei 2016 3:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang memantau tahap kualiti udara negara ekoran letusan gunung berapi Sinabung di Sumatera, Indonesia, kata  Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata ini berikutan asap dan debu daripada letusan itu berkemungkinan mengakibatkan pencemaran udara, seperti yang pernah berlaku ketika letusan gunung berapi Pinatubo di Filipina pada 1991.

"Stesen pemantau zarah terampai 10 mikron (PM10) kita masih berjalan seperti biasa. 

"Jadi kita sedang melihat perkembangannya, kalau ia menunjukkan ada peningkatan zarah terampai, maknanya ada pencemaran berlaku dan saya akan buat keputusan untuk beri maklumat kepada umum menerusi laman sesawang kementerian," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, Isnin.

Semalam, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata asap dan debu letusan gunung berapi Sinabung dijangka tidak memberi kesan kepada Malaysia berikutan keadaan angin di negara ini bertiup dari arah barat laut. 

Bagaimanapun, Madius berkata keadaan angin dijangka berubah bertiup dari arah barat daya mulai hari ini.

Enam orang disahkan maut setakat ini manakala tiga lagi kritikal akibat terkena debu panas gunung berapi Sinabung di daerah Karo, Sumatera Utara yang meletus sejak Sabtu (21 Mei).-- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan