Liga-M: FAM Guna Sistem Amaran Awal Pantau Kegiatan Atur Perlawanan

Diterbitkan: Isnin, 23 Mei 2016 8:58 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mengatur perlawanan dan pertaruhan telah lama mencemarkan dunia bola sepak, dan kegiatan itu turut berlaku di negara ini.

Bagaimanapun, terdapat berita gembira buat ribuan pengikut sukan nombor satu di Malaysia.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerima lampu hijau untuk memperkenalkan Sistem Amaran Awal Fifa (EWS) bagi memantau corak pertaruhan yang dilarang dalam Liga Malaysia (Liga-M) yang bersambung pada Ogos depan.

Persekutuan bola sepak antarabangsa itu bersetuju untuk menyediakan sistem berkenaan kepada FAM, yang telah digunapakai di peringkat Piala Dunia Fifa, tanpa dikenakan caj.

EWS bertujuan untuk melindungi permainan bola sepak dengan memantau dan menganalisis pasaran pertaruhan sukan antarabangsa dan meneliti laporan komprehensif buat Fifa.

"Kita mengambil langkah proaktif dalam memerangi peraturan perlawanan dan ia adalah satu rangsangan besar-besaran apabila Fifa bersetuju untuk menyediakan EWS untuk FAM," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP), Kevin Ramalingam.

FMLLP merupakan entiti bebas swasta yang mengendalikan Liga-M.

Mengenai EWS, Ramalingam berkata, ia akan menjadi alat yang berkesan buat FAM untuk membendung aktiviti mengatur perlawanan.

"Pemantauan ini tidak murah, maka mendapatkannya secara percuma merupakan bantuan yang amat besar. Selain daripada sistem pemantauan, kita juga telah menetapkan peraturan dan garis panduan yang ketat.

"Pasukan yang gagal memenuhi garis panduan ini tidak akan diberi lesen untuk bermain dalam Liga M," katanya kepada The Star.

Bola sepak negara dicemari dengan aktiviti mengatur perlawanan pada musim 1993-1994, membawa kepada tindakan FAM menggantung 84 pemain di seluruh negara pada 1994.

Sebahagian pesalah itu telah dibuang negeri di bawah Akta Kediaman Terhad manakala yang lain digantung daripada bermain.

Larangan itu akhirnya ditarik balik pada 9 Mei, masih lagi dirasai. Malaysia kini berada pada tangga terendah 174 dalam kedudukan dunia Fifa. Ia merupakan kedudukan terburuk negara setakat ini.

Pada 2010, FAM menubuhkan jawatankuasa integriti yang melibatkan para pegawai kanan dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membanteras amalan rasuah dan mengatur perlawanan.

Persatuan itu turut mengarahkan badan bola sepak negeri untuk mewujudkan satu unit integriti dan penyelarasan yang bertugas dengan pihak berkuasa bagi memantau dan menyiasat dakwaan mengatur perlawanan.

Dua tahun lalu, para pemain, pegawai pasukan dan pengadil dalam Liga M diwajibkan untuk mengisytiharkan aset mereka.

Kini, ia jauh lebih sukar untuk mengaturkan perlawanan. Telefon bimbit dilarang dibawa masuk ke kawasan teknikal semasa permainan bagi mengelakkan individu yang mengaturkan perlawanan atau 'bookie' kepada pemain serta menyekat pengaruh luar yang lain.

Walaupun jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menaja pasukan Kelantan, beliau turut tidak terkecuali daripada arahan itu.

Baru-baru ini, Dr Hasmiza yang turut dikenali sebagai Vida diberi amaran oleh FMLLP mengenai lesennya untuk memasuki kawasan teknikal akan ditarik balik sekiranya beliau masih menggunakan telefon bimbit.

Tags / Kata Kunci: FAM , Fifa

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan