Penjenayah Siber Pengaruhi Fikiran Mangsa

Diterbitkan: Ahad, 22 Mei 2016 9:18 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penjenayah siber kini semakin mempengaruhi fikiran mangsa. Menyedari mangsa tidak lagi terpedaya dengan emel "Saya seorang Putera mahu mendepositkan sebanyak AS$50 juta (RM199 juta) ke dalam akaun anda", sindiket ini telah menggunakan pakar psikologi dan tingkah laku bagi melancarkan serangan yang menyasarkan syarikat, kumpulan dan individu.

Menerusi akaun media sosial mangsa, mereka mempelajari lebih banyak tentang sasaran mereka dan berupaya untuk mewujudkan emel yang menarik bagi membolehkan ia mendapat respons.

Dengan mengklik pautan di dalam emel, ia akan memuat turun ancaman virus atau 'malware' yang boleh memberi masalah kepada peranti anda.

Komputer, telefon pintar, jam pintar atau sebarang peranti yang dihubungkan dengan rangkaian boleh dikunci oleh penjenayah simber yang akan hanya membebaskannya dengan bayaran, atau "tebusan".

Menurut syarikat keselamatan siber, Symantec Corporation, ancaman berkenaan telah melanda negara ini, dengan 5,069 serangan di Malaysia tahun lalu.

"Modus operandi baharu menggunakan kejuruteraan sosial, dengan email dilakukan oleh rakyat Malaysia yang tahu mengenai senario tempatan dan bagaimana untuk mencetuskan tindakan balas emosi," kata Pengarah Kanan Perkhidmatan Keselamatan Siber Symantec (Jepun dan Asia Pasifik), Peter Sparkes kepada Sunday Star.

Sebagai contoh, jika mereka mengesan anda menerusi Facebook mengenai anda pergi membeli-belah, anda bakal mendapat emel seakan rasmi daripada sumber yang boleh dipercayai seperti agensi kerajaan atau bahagian kiriman dengan mengatakan: "Anda telah menerima hadiah percuma kerana membeli-belah di cawangan kami di Kuala Lumpur. Klik pautan untuk mendapatkan bungkusan anda."

"Atau jika mereka mengetahui anda di acara berbasikal, emel itu mungkin mengatakan: "Terima kasih di atas penyertaan. Klik pautan untuk gambar dan video berbasikal," katanya.

Untuk menangani kesulitan pada peranti anda, mereka akan meminta kira-kira AS$200 (RM782) dalam matawang maya seperti Bitcoin," tambah Sparkes.

Menyedari ancaman baharu ini, Ketua Komunikasi Strategik Suruhanajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Sheikh Raffie Abd Rahman menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati.

Beliau berkata, salah satu yang biasa menggunakan teknik kejuruteraan sosial ialah melancarkan serangan 'umpan" dengan menyasarkan pelanggan perbankan dalam talian.

Kes seumpama itu disiasat polis di bawah Akta Jenayah Komputer 1997 atau Kanun Kesekesan.

Sebanyak 1,311 laman web 'mengumpan' telah disekat SKMM sejak tahun lalu sehingga 8 Mac lalu.

Ia termasuk halaman-halaman palsu yang dibuat untuk meminta maklumat peribadi seperti nama akaun, kata laluan, maklumat perbankan dan butiran kad kredit menerusi penyamaran sebagai entiti yang dipercayai dalam komunikasi elektronik.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia (CSM), Dr Amirudin Abdul Wahab berkata, bilangan insiden yang dilaporkan kepada CSM menunjukkan peningkatan ancaman 'ransomware' (sejenis malware).

Beliau yang mendedahkan bahawa perniagaan tempatan turut menjadi sasaran berkata, CSM akan bekerjasama dengan komuniti antarabangsa bagi berkongsi maklumat semasa mengenai ancaman 'ransomware' dan menyebarkannya kepada orang ramai.

Timbalan Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, Datuk Dr Andrew Mohanraj berkata, penjenayah siber menjadi semakin canggih dalam pendekatan mereka dengan menggunakan kaedah pakar psikologi.

"Tetapi apa sahaja kaedah yang digunakan mereka, terdapat modus operandi yang melibatkan emosi manusia seperti takut, tamak, ingin tahu, keseorangan, belas kasihan dan kerohanian," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan