Peningkatan FDI Bukti Pendekatan Kerajaan Adalah Tepat - Najib

Diterbitkan: Ahad, 22 Mei 2016 11:48 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peningkatan pelaburan langsung asing (FDI) membuktikan pendekatan kerajaan adalah tepat dalam menarik pelaburan asing ke negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau sentiasa menekankan kepentingan mengurus tadbir dan mengeratkan lagi hubungan Malaysia dengan negara-negara rakan perdagangan melalui hubungan dua hala.

"Antara tahun 2009 dan 2015, pelaburan langsung asing telah berkembang pada kadar 22 peratus setahun.

"Ini satu daripada tanda-tanda bahawa pendekatan yang diambil kerajaan adalah tepat dan membawa keyakinan kepada pelabur asing untuk terus melabur dalam negara," katanya dalam catatan terbaharu blog beliau, www.najibrazak.com, malam Ahad.

Najib turut merumuskan lawatannya ke United Kingdom dan Rusia berjaya menambahkan lagi keyakinan pelaburan di negara itu untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik.

"Alhamdulillah, saya yakin lawatan kerja saya ke United Kingdom dan Rusia telah mengeratkan hubungan antara kerajaan dan menambah keyakinan pelabur kepada Malaysia sebagai sebuah destinasi pelaburan menarik dan penuh potensi," katanya.

Najib melakukan lawatan kerja ke United Kingdom mulai 15 Mei lepas untuk menghadiri, antara lain, mesyuarat tahunan Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) dan merasmikan Malaysia-UK Investor Showcase.

Beliau seterusnya menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan Rusia-ASEAN di Sochi, Rusia pada 19 hingga 20 Mei lepas.

Semasa di London, beliau telah menghadiri beberapa mesyuarat dan sesi pertemuan bersama pengurus dana dan ketua-ketua industri.

Dalam pertemuan itu, beliau telah berkongsi perkembangan terkini dan prospek untuk pertumbuhan dan pembangunan di Malaysia.

Perdana Menteri turut melahirkan rasa gembira apabila banyak syarikat di United Kingdom menunjukkan keyakinan tinggi kepada Malaysia dengan pelaburan dalam projek baharu dan pengembangan perniagaan sedia ada semasa di Malaysia-UK Investor Showcase.

Semasa di Sochi, Rusia, beliau berkata Malaysia juga akan meneroka peluang untuk mengadakan rundingan berkaitan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Kesatuan Ekonomi Eurasia (EAEU).
Tags / Kata Kunci: FDI , Datuk Seri Najib Tun Razak

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan