Tiga Berlagak Pengiring VIP Ditahan

Diterbitkan: Ahad, 22 Mei 2016 7:32 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gara-gara berlagak sebagai pengiring orang kenamaan (VIP), tiga individu ditahan kerana menghalang kenderaan sehingga menyebabkan keadaan trafik sesak di Lebuhraya Connaught di sini, Sabtu.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, ACP Nazri Hussain berkata, ketiga-tiga pemandu yang berusia antara 27 dan 35 tahun itu ditahan oleh pasukan polis yang membuat rondaan di Plaza Tol Lama menghala ke Petaling Jaya pada pukul 1.15 tengah hari.

Beliau berkata, salah seorang pemandu terbabit yang berusia 31 tahun memandu kereta jenis Bentley ditahan kerana gagal mengemukakan lesen senjata api selepas polis menemui sepucuk pistol jenis Beretta beserta 10 butir peluru yang diselitkan pada bahagian pinggangnya.

"Mereka bertindak menghalang pemandu kenderaan lain supaya memberikan laluan kepada dua buah kereta majikan mereka bersama sebuah kereta jenis Proton Inspira yang mengiringi kereta terbabit dengan dilengkapi lampu arah berwarna biru dan memasang bunyi siren," katanya dalam kenyataan di sini, malam Sabtu.

Nazri berkata, hasil pemeriksaan mendapati kereta jenis BMW, Proton Inspira, dan Bentley, yang membawa empat penumpang terdiri daripada ahli perniagaan bergelar Datuk Seri itu, bukan didaftarkan sebagai kenderaan milik kerajaan.

Menurutnya, ketiga-tiga kenderaan itu dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut manakala kesemua penumpang terbabit dibebaskan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan