Profesor Unisel Pilihan Utama PKR Tanding PRK Sungai Besar

Diterbitkan: Sabtu, 21 Mei 2016 11:48 AM

Dr Shaharuddin Badaruddin. -foto Unisel

(Ubah saiz teks)

KLANG: Penganalisis politik Profesor Madya Dr Shaharuddin Badaruddin dikatakan menjadi 'pilihan utama' PKR untuk bertanding di pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar.

Satu sumber PKR berkata kepimpinan telah memutuskan bahawa anak kelahiran Tanjong Karang ini, yang juga profesor di Universiti Selangor (Unisel) adalah calon terbaik untuk mencabar Barisan Nasional (BN) bagi kerusi parlimen.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR sedang mengadakan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin PAS negeri untuk parti Islam itu memberi laluan kepada PKR.

"Setakat ini semuanya seolah-olah akan berjalan dengan baik dan kami yakin PKR yang akan bertanding di Sungai Besar, bukan PAS atau Parti Amanah Negara (Amanah)," kata sumber itu.

Dr Shaharuddin juga menjadi satu-satunya Naib Presiden PKR bukan dipilih melalui proses pengundian.

Jawatan Naib presiden lain dipegang oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Md. Akin, Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking dan Adun Sri Andalas Dr Xavier Jayakumar.

Sumber itu berkata, Azmin tidak mempunyai pilihan lain selain memulakan rancangan untuk mengetengahkan calon PKR untuk memastikan Pakatan Harapan mempunyai peluang yang kuat untuk memenangi kerusi itu.

Walaupun PAS dan Amanah telah berjuang untuk bertanding di kerusi itu, tetapi Amanah, kumpulan serpihan PAS, bersedia untuk memberi laluan kepada calon PKR, kata sumber itu.

"Jika PAS bertanding, DAP tidak akan berkempen dalam pilihan raya kecil ini dan ini boleh menyebabkan kerugian besar untuk Pakatan Harapan kerana Adun Sekinchan (DAP) Ng Suee Lim berpengaruh di kawasan itu, '' kata sumber itu.

Parlimen Sungai Besar mempunyai kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang dan Sekinchan di bawahnya.

Penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun dan hari mengundi pada 18 Jun.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan