Banjir Kilat: Mangsa Boleh Saman PBT

Diterbitkan: Sabtu, 21 Mei 2016 10:00 AM

Dua buah kereta terkandas di dalam banjir kilat di Jalan Perpaduan sekitar Presint 3 dan 4 selepas hujan lebat yang melanda baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua mangsa yang terjejas akibat banjir kilat di ibu kota baru-baru ini, boleh menyaman pihak berkuasa tempatan (PBT) di mahkamah, namun perlu mempunyai bukti yang disokong oleh pakar berkaitan.

Peguam di firma guaman swasta, Syahredzan Johan berkata mangsa perlu mengemukakan bukti berkaitan kecuaian atau kelonggaran tanggungjawab oleh PBT sehingga boleh menyebabkan berlaku bencana sebegitu.

"Sebagai contoh, dalam kes ini mangsa boleh dapatkan pakar dalam bidang kejuruteraan yang akan memberi keterangan mewakili pihak mangsa di mahkamah.

"Keterangan yang diberikan adalah berdasarkan bukti-bukti antaranya keterangan daripada saksi, keratan akhbar, gambar insiden dan resit yang melibatkan pembayaran kerosakan aset mereka ekoran kejadian itu," katanya ketika dihubungi Bernama, Sabtu.

Bagaimanapun, beliau berkata proses melibatkan pakar ini biasanya memerlukan kos yang tinggi dan hal itu membuatkan mangsa menganggap ia membebankan dan seterusnya bertindak 'angkat tangan' untuk menyaman pihak berkuasa.

"Tetapi sekiranya PBT menerima tuntutan saman daripada mangsa, mereka (PBT) tidak boleh tidak mengendahkan saman tersebut kerana perlu mengikut perintah mahkamah dan selesaikan segala kes yang berkaitan," katanya. 

Namun, beliau turut menggesa PBT agar segera mencari jalan penyelesaian dan bukan menunggu sehingga diambil tindakan oleh mangsa, baharu mahu bertindak.

"PBT perlu tengok semula apa yang perlu dibuat untuk selesaikan permasalahan banjir kilat di ibu negara, hal ini kerana ia melibatkan banyak kerosakan dan kerugian orang ramai," katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedia berdepan dengan saman oleh mangsa banjir kilat baru-baru ini.

"Jika mereka nak saman, DBKL hanya menunggu kes didengar di mahkamah nanti.

DBKL mempunyai peguam khas untuk menyelesaikan urusan ini," katanya kepada Bernama melalui mesej WhatsApps.

Buat masa ini, DBKL sedang membuat pemeriksaan dan pembersihan keseluruhan sistem saliran di kawasan banjir serta beberapa kawasan lain yang dikenal pasti akan terbabit dengan bencana alam itu.

Pada 12 Mei lalu, kejadian banjir kilat di beberapa jalan utama di ibu negara antaranya di Jalan Pantai Baru dan Jalan Tuanku Abdul Halim telah menjejaskan lebih 100 kenderaan yang terperangkap. -- Bernama 


Tags / Kata Kunci: PBT , banjir kilat , Syahredzan Johan

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan