Bawa Kes Disiplin Muhyiddin, Mukhriz Ke MT Umno Tidak Langgar Perlembagaan Parti

Diterbitkan: Sabtu, 21 Mei 2016 4:39 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Keputusan merujuk kes disiplin Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digantung jawatan sebagai timbalan presiden Umno dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir ke Majlis Tertinggi (MT) Umno untuk tindakan adalah tidak melanggar perlembagaan parti.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata perkara itu diputuskan selepas Lembaga Disiplin menulis surat kepadanya menyatakan ia 'kes berprofil tinggi' dan memulangkan semula kes tersebut kepada MT untuk tindakan lanjut.

"Sebagai setiausaha agung, saya hanya akan bawakan apa yang telah ditulis kepada saya oleh Lembaga Disiplin iaitu agar perkara ini dirujuk kepada Majlis Tertinggi supaya membuat keputusan.

"Oleh kerana Lembaga Disiplin sendiri tidak mahu mengambil keputusan atas alasan 'kes berprofil tinggi' ... tak kan kita nak diamkan. Jadi, sebagai setiausaha agung saya cuma boleh bawa kepada MT untuk tindakan seterusnya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Semarak Komuniti 1Malaysia di sini, Sabtu.

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa keputusan membawa kes itu kepada MT Umno sebagai melanggar prosedur tatatertib dan perlembagaan parti.

Tengku Adnan berkata Umno sebagai sebuah parti berstrukutur akan sentiasa memastikan tindakan yang diambil adalah mengikut aturan sedia ada, dan sebagai bekas timbalan presiden Umno, beliau yakin Muhyiddin faham dan tahu tindakan tersebut sama sekali tidak melanggar mana-mana peraturan.

Beliau berkata Perlembagaan Umno jelas menyatakan bahawa MT berhak untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Majlis Tertinggi, malah ia juga boleh membuat keputusan-keputusan selain daripada apa yang tertera dalam tataetika parti dan perlembagaan.

Ditanya apakah MT akan membuat keputusan mengenai kes Muhyiddin dan Mukhriz pada mesyuarat yang dijangka berlangsung pada 27 Mei ini, beliau berkata tugasnya cuma membawa permintaan Lembaga Disiplin kepada MT, selebihnya terpulang kepada anggota mesyuarat. 

Mengenai tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta pengundi tidak mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak yang akan dijalankan serentak pada 18 Jun depan, Tengku Adnan berkata ia sesuatu yang tidak patut dilakukan.

"Kenapa perlu buat begitu ... saya hanya boleh minta beliau (Dr Mahathir) fikirkan apa yang hendak dicakapkan dan jangan membuat kenyataan hingga orang boleh putar belit dan manipulasikan situasi, yang akhirnya akan merugikan BN, parti yang pernah memberinya kuasa untuk mentadbir negara lebih 20 tahun," katanya.

-- Bernama
Tags / Kata Kunci: Umno , Muhyiddin Yassin , Mukhriz Mahathir

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan