Jakim Serah Kepada Jain, Pihak Berkuasa Siasat Pasangan Mengaku Murtad

Diterbitkan: Sabtu, 21 Mei 2016 5:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kes sepasang suami isteri yang didakwa mengaku murtad dan menghina Islam di Facebook perlu disiasat oleh Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) dan pihak berkuasa sebelum sebarang tindakan boleh diambil  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata jabatan itu akan mencari jalan penyelesaian selain mengadakan sesi kaunseling kepada pasangan itu setelah mendapat laporan daripada Jain dan pihak berkuasa berkenaan.

"Kita kena cari jalan yang terbaik untuk bawa (mereka) ke pangkal jalan. Sudah pasti kita akan mencari caranya. Ada banyak, saya lihat, tawaran yang diberi kepada pasangan itu untuk adakan perbincangan mengenai tindakan mereka.

"Jadi, kita harus mendekati mereka untuk mengetahui masalah...kita kena layan dengan baik, kita tidak tahu apa punca dan bagaimana pasangan itu terguris," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Karnival Muslimah dan Pengurniaan Sumbangan Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH) oleh Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini.

Othman diminta mengulas laporan media pada Khamis bahawa Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) telah membuat laporan polis bagi menyiasat kenyataan pasangan itu, Sharifah Farlearton dan suaminya, yang didakwa murtad dan menghina Islam di Facebook.

Pasangan yang mempunyai lima anak itu dipercayai menetap di Melbourne, Australia dan mendakwa meninggalkan agama Islam hampir setahun lepas. 

Dalam temu bual bersama sebuah akhbar tempatan (Berita Harian), Sharifah Farlearton mendakwa berubah hati terhadap agama Islam kerana tidak berpuas hati dan kecewa terhadap beberapa perkara.

Dalam pada itu, Othman menjelaskan sebarang permohonan untuk menukar status agama Islam kepada agama lain hanya boleh dibuat dan diluluskan oleh Mahkamah Syariah, di samping perlu melalui proses tertentu.

"Dalam undang-undang, perkara itu (menukar agama) sah jika diluluskan Mahkamah Syariah namun setakat ini tidak ada satu pun yang diluluskan oleh Mahkamah Syariah yang telah membenarkan seseorang itu murtad," katanya.

Menurutnya berdasarkan kenyataan pasangan suami isteri itu, beliau percaya tindakan mereka adalah berdasarkan kekecewaan terhadap individu dan bukannya agama. -- Bernama


Tags / Kata Kunci: murtad , Jakim , Jain , Othman Mustapha , Australia

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan