Dakwaan 'Minta Perempuan' Bertujuan Alih Perhatian Isu Surat Anwar

Diterbitkan: Sabtu, 21 Mei 2016 11:11 AM

Mat Shuhaimi Shafiei

(Ubah saiz teks)

KLANG: Dakwaan oleh seorang pemimpin PKR bahawa kerajaan Selangor terlibat dalam rasuah telah dibuat untuk mengalih perhatian daripada isu lain yang mencetuskan ribut dalam parti, dakwa Setiausaha Politik Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mat Shuhaimi Shafiei berkata tuduhan bahawa kerajaan Selangor 'meminta wang dan perempuan' semasa rundingannya adalah untuk mengalihkan perhatian isu kebocoran surat lapan halaman yang ditulis penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pemimpin-pemimpin tertinggi parti.

Tidak menyebut nama, Mat Shuhaimi berkata golongan dalaman PKR 'marah dengan salah seorang daripada pemimpin' yang mengendalikan kerja-kerja pentadbiran PKR, kerana didakwa membocorkan surat itu kepada media.

"Dalam usaha untuk mengalihkan perhatian daripada isu-isu berkisar pendedahan surat itu, pemimpin itu menyebarkan khabar angin palsu mengenai tuduhan rasuah melibatkan wang dan perempuan dalam kerajaan negeri," kata Mat Shuhaimi.

Beliau berkata jika dakwaan itu benar, pemimpin itu sepatutnya melakukan sisatan dan membawanya kepada perhatian kepimpinan parti.

"Seorang pemimpin kanan yang menghina kerajaan negeri dengan cara ini benar-benar tidak boleh diterima," kata Mat Shuhaimi sambil menambah selain mencemarkan imej kerajaan negeri dan kakitangan awam, ia juga mencemarkan imej beliau sendiri.

Dalam surat itu, Anwar bercakap tentang Deklarasi Rakyat yang tidak seiring dengan agenda reformasi pembangkang.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli telah menyiarkan mesej dalam kumpulan WhatsApp mendakwa beliau telah menerima aduan bahawa wujud permintaan rasuah perempuan dan wang semasa berurusan dengan kerajaan negeri Selangor.

Mesej itu bocor daripada kumpulan yang terdiri daripada penyokong gerakan Reformasi PKR.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan