Anak Tempatan Calon Terbaik Di Dua PRK - Nazri

Diterbitkan: Sabtu, 21 Mei 2016 5:15 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berpendapat anak tempatan merupakan calon terbaik bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, Selangor bulan depan kerana mereka lebih memahami kehendak penduduk.

Katanya beliau tidak nampak calon dari luar kawasan berkenaan yang lebih berpotensi untuk dijadikan calon "payung terjun" oleh Barisan Nasional (BN) di dua kawasan itu.

"Sebaik-baik calon adalah anak tempatan kerana mereka pastinya dapat melaksanakan tugas dengan berkesan serta memahami kehendak rakyat di kawasan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keusahawanan 2016 kawasan Parlimen Padang Rengas di sini, Sabtu.

Mohamed Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus bahawa UMNO akan memberi ruang kepada calon luar dan bukan anak tempatan untuk bertanding dalam kedua-dua PRK itu.

Menjelas lanjut, beliau berkata BN perlu memilih kriteria calon yang boleh menang serta disukai penduduk setempat untuk mempertahankan kedua-dua kerusi Parlimen itu.

"Calon itu mestilah mempunyai 'passion' dan 'dedicated' kerana itu yang boleh menentukan kemenangan BN. Sekarang ini rakyat tidak mementingkan parti, tetapi rakyat memilih calon yang disukai dan disayangi.

"Calon itu juga bukan sahaja boleh diterima oleh Umno Bahagian tetapi mesti diterima oleh parti komponen kerana BN merupakan parti berbilang kaum," kata Mohamed Nazri.

PRK Kuala Kangsar perlu diadakan berikutan kematian Anggota Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak 5 Mei lepas. 

Turut terkorban dalam nahas itu ialah Anggota Parlimen Sungai Besar yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan serentak pada 18 Jun, manakala penamaan calon pada 5 Jun. -- Bernama


Tags / Kata Kunci: PRK , Kuala Kangsar , Sungai Besar , Mohamed Nazri Aziz , BN

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan