Warga Emas Melecur Kaki Selamatkan Diri Dalam Kebakaran

Diterbitkan: Jumaat, 20 Mei 2016 2:52 PM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Seorang wanita warga emas melecur di kedua-dua tapak kakinya dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah di Taman Po Hing, dekat sini pada Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Mohd Razali Awang Ahmad berkata mangsa, Soling Gras Albqo, 63, cedera ketika menyelamatkan diri dengan meredah api yang sedang marak di rumahnya.

Katanya mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent di sini oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan dirawat sebagai pesakit luar.

"Seramai 10 anggota bersama empat jentera dan dua kenderaan utiliti dihantar ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.22 malam," katanya ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Menurutnya api dapat dikawal daripada merebak dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan