Wartawan The Star, mStar Online Terima Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2015

Diterbitkan: Jumaat, 20 Mei 2016 11:21 PM

Wartawan mStar Online, Izra Abdul Rahman menerima hadiah saguhati bagi kategori Laporan Portal Berita Terbaik yang julung kalinya diadakan pada Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2015.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Wartawan The Star memenangi dua kategori Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2015, sementara wartawan mStar Online turut menerima saguhati pada majlis yang berlangsung di sini, Jumaat.

Wartawan Oh Ing Yeen memenangi anugerah Kewartawanan Alam Sekitar dengan artikel bertajuk 'MPSJ' Green Success - Encourage a green and clean Ramadan'.

Manakala satu lagi trofi kemenangan menerusi kategori Esei Foto Cemerlang oleh Azhar Mansor yang bertajuk 'Lives in Limbo'.

Sementara itu, wartawan mstar Online Izrayatul Maizura Abdul Rahman atau Izra Abdul Rahman menerima hadiah saguhati  bagi kategori Laporan Portal Berita Terbaik yang julung kalinya diadakan, bertajuk Cabaran Trail Ranau 'Dibayar' Dengan Panorama Memukau .

Hasil kemenangan tersebut Izra, 36 membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1,000.

Wartawan kelahiran Parit Buntar, Perak itu menghasilkan laporan berita itu selepas mengharungi pendakian pertama ke puncak Gunung Kinabalu pada 1 Disember 2015, enam bulan sesudah kejadian gempa bumi pada 5 Jun tahun lalu.




Gempa bumi yang mencatatkan magnitud 5.9 skala Richter itu menggegarkan gunung tertinggi di Asia itu dan menyebabkan 18 orang, termasuk empat malim gunung terkorban.

Izra berkata, beliau terharu dengan pengiktirafan terhadap penulisannya sepanjang berkecimpung dalam bidang kewartawanan selama 13 tahun, khususnya karyanya menerusi mStar Online.

"Di mStar Online kami sentiasa berusaha untuk menyediakan berita terbaik dan pantas untuk pembaca. Pengiktirafan ini membuktikan nilai berita yang disajikan adalah yang terbaik.

"Saya juga berterima kasih kepada rakan sekerja di mStar Online yang bukan sahaja memberi sokongan moral tetapi tunjuk ajar dan teguran dalam menghasilkan berita terbaik serta keluarga terutama ibu," katanya selepas menerima hadiah tersebut.

Turut hadir mewakili mStar Online pada majlis tersebut ialah Pengarang Eksekutifnya, Rozaid Abdul Rahman.

Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2015 memperkenalkan lima kategori baharu iaitu Infografik Terbaik, Rekaan Halaman Pertama Terbaik, Laporan Portal Berita Terbaik, Laporan Radio Terbaik dan Kartun Editorial Terbaik.

Dalam pada itu, wartawan New Straits Times (NST), Farrah Naz Karim dan Aliza Shah Muhammad Shah merangkul anugerah Kajai untuk dua tahun berturut-turut.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan