Azmin Sedia Jumpa Hadi Bincang Isu Calon PRK - Berita Semasa | mStar

Azmin Sedia Jumpa Hadi Bincang Isu Calon PRK

Diterbitkan: Jumaat, 20 Mei 2016 2:22 PM

azmin

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

(Ubah saiz teks)

SABAK BERNAM: Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sedia untuk berjumpa dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membincangkan isu calon dua pilihan raya kecil (PRK) yang akan diadakan bulan depan.

Menteri Besar Selangor itu berkata beliau telahpun mengadakan perjumpaan dengan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengarah Pilihan Raya Pusat PAS Datuk Mustafa Ali untuk berbincang isu berkenaan.

"Saya juga ada berjumpa dengan pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) dan Ketua Menteri Pulau Pinang (Lim Guan Eng). Rundingan berjalan dengan positif dan masih lagi terbuka, harap ia (siapa calon bertanding) bakal dimuktamadkan dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program SmartSelangor Food Stamp di sini Jumaat.

Mohamed Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian PAS yang berkeras mahu meletakkan calon merebut kedua-dua kerusi Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Parlimen Kuala Kangsar, Perak.

Semalam media melaporkan PAS telah menyerahkan enam nama calon bagi dua PRK itu kepada Dewan Ulama bagi proses saringan.

Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong berikutan kematian penyandang masing-masing Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad, korban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Kedua-dua PRK akan diadakan serentak pada 18 Jun dan penamaan calon pada 5 Jun.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan