Teng Letak Jawatan Ahli Jawatankuasa Pusat Gerakan

Diterbitkan: Khamis, 19 Mei 2016 9:02 AM

Teng Chang Yeow

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow mengesahkan meletakkan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Gerakan pada Mac lepas.

Namun, beliau berkata kedudukannya sebagai pengerusi BN negeri tidak berubah kerana tidak mengemukakan sebarang surat peletakan jawatan.

"Saya telah mengambil cuti sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri Parti Gerakan Pulau Pinang berkuat kuasa dari 15 Mei hingga 15 November 2016.

Cuti saya diterima oleh Jawatankuasa Perhubungan Negeri dan telah dimaklumkan kepada Presiden Parti Datuk Seri Mah Siew Keong," katanya dalam kenyataan, di sini.

Teng yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat pada 2013 berkata sepanjang beliau bercuti, Naib Pengerusi Gerakan negeri Oh Tong Keong diberi tanggungjawab untuk menjalankan segala kuasa sebagai pengerusi seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti.

Pada Mei 2013, Teng meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung Gerakan dan Pengerusi BN negeri berikutan kekalahan teruk parti gabungan itu dalam pilihan raya umum ke-13 di Pulau Pinang, namun dilantik semula sebagai Pengerusi Gerakan negeri pada April 2014.

Beliau dilantik sebagai Pengerusi BN negeri pada April 2012 menggantikan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dan Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Tags / Kata Kunci: Gerakan , Pulau Pinang

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan