Bank Negara Kekal OPR Pada 3.25 Peratus

Diterbitkan: Khamis, 19 Mei 2016 7:24 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.25 peratus memandangkan dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong aktiviti ekonomi.

Kali terakhir bank pusat menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas ialah pada 10 Julai, 2014.   

"Keadaan kewangan domestik keseluruhan kekal stabil," menurut bank pusat dalam satu kenyataan.  

Sistem kewangan terus kukuh dengan mudah tunai yang meningkat dalam sistem kewangan domestik, pasaran kewangan dan pertukaran asing yang terus berfungsi dengan teratur dan institusi kewangan yang beroperasi dengan penampan modal danmudah tunai yang kukuh, katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) ketiga bagi tahun ini pada Khamis.

Pertumbuhan pembiayaan kepada sektor swasta adalah konsisten dengan kadar pertumbuhan aktiviti ekonomi dan keadaan pembiayaan terus menyokong pertumbuhan ekonomi, katanya.

Bagaimanapun, MPC menyedari bahawa terdapat risiko dalam persekitaran ekonomi dan kewangan global dan sedang memantau dengan rapi serta menilai implikasinya terhadap kestabilan harga dan pertumbuhan dalam negeri.

"Ini bagi memastikan pendirian dasar monetari adalah konsisten dengan pertumbuhan ekonomi Malaysian yang mampan," katanya lagi. -Bernama

Tags / Kata Kunci: bank Negara , OPR

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan