Wanita Umno Kuala Kangsar Kemuka Dua Nama Calon PRK

Diterbitkan: Rabu, 18 Mei 2016 12:40 PM

Rusnah Kassim.

(Ubah saiz teks)

PARIT BUNTAR: Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar  mengemukakan dua nama untuk dipertimbang sebagai calon dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar bulan depan.

Ketua Wanita Umno negeri Datuk Rusnah Kassim berkata kedua-dua calon tempatan itu mempunyai keupayaan dan kepimpinan serta mendapat sokongan dalam kalangan pengundi.

Beliau memberi bayangan seorang daripada yang dicalonkan mempunyai jawatan dalam Wanita Umno bahagian Kuala Kangsar, manakala seorang lagi hanya anggota biasa.

"Kami serah kepada pucuk pimpinan dalam menentukan calon dan wanita akan menyokong siapa sahaja calon yang dipilih untuk bertanding dalam PRK itu," katanya kepada pemberita selepas program 'Townhall' dan Bandar Selamat sempena Program Pemukiman Menteri Besar di Daerah Kerian di sini Rabu.

Rusnah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri berkata pihaknya telah menggerakkan jentera wanita untuk bertemu dengan pengundi di kawasan berkenaan.

"Wanita sudah berjumpa dengan pengundi kerana kami tidak tunggu sehingga selepas penamaan calon, baru nak bertemu dengan pengundi," katanya.

PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Anggota Parlimennya Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Turut terkorban dalam nahas itu Anggota Parlimen Sungai Besar, Selangor yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Allahyarham Datuk Noriah Kasnon.

Jumaat lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan serentak pada 18 Jun, manakala penamaan calon pada 5 Jun. - BERNAMA





iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan