Tindakan Tidak Wajar Dr Mahathir Sudah Dijangka - PM

Diterbitkan: Rabu, 18 Mei 2016 10:32 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya rakyat menolak Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil akan datang sebagai tidak wajar tetapi sudah dijangka.

Beliau berkata Dr Mahathir menerima banyak manfaat daripada BN dan Umno tetapi kini meminta rakyat untuk menolak BN.

"BN merupakan parti yang banyak jasanya kepada Tun Mahathir. Tanpa BN dan parti, dia tidak akan menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

"Dia dan keluarganya mendapat banyak manfaat daripada kedudukannya sebagai perdana menteri dan semua ini kerana kekuatan Umno dan BN.

"Kini dia minta rakyat tolak parti yang banyak berjasa kepadanya.

"Adakah wajar untuk kita pula menikam balik parti yang begitu banyak berjasa kepada diri sendiri?," katanya pada sidang media di sini lewat Selasa.

Pada Ahad, Dr Mahathir menggesa rakyat supaya menyokong calon yang melawan BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang berlangsung serentak pada 15 Jun ini.

Beliau juga menyeru pembangkang supaya mengelak pecah undi sebagaimana yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lalu apabila DAP, PKR, PAS dan Amanah bertanding antara satu sama lain menentang parti pemerintah itu.

Mengenai calon bagi kedua-dua PRK itu, Najib berkata proses pemilihan sedang berjalan dan mereka terpaksa melakukan pemilihan dengan teliti bagi memastikan kejayaan parti.

"Mereka bukan sahaja perlu diterima parti tetapi juga rakyat," katanya.

Najib berkata demikian ketika ditanya mengenai calon bagi kedua-dua PRK itu susulan kematian Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Noriah dan Wan Mohammad antara enam yang maut dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei lalu.

Tags / Kata Kunci: Dr Mahathir Mohamad , BN , Umno

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan