Surat Anwar Hal Dalaman PKR - Azmin

Diterbitkan: Rabu, 18 Mei 2016 8:02 PM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI BESAR: Surat Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menentang Deklarasi Rakyat adalah perkara dalaman parti, demikian menurut Datuk Seri Azmin Ali.

"Saya amat bersetuju dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bahawa ini adalah perkara dalaman dan kita tidak perlu membincangkannya di secara terbuka," kata Timbalan Presiden PKR itu.

Azmin yang juga Menteri Besar Selangor bercakap kepada pemberita selepas melancarkan perkhidmatan bas percuma Smart Selangor di sini, Rabu.

Anwar, yang kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun menulis surat setebal lapan muka surat mengutuk deklarasi berkenaan dan penggerak utamanya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan