Polis Akan Panggil Jho Low Bantu Siasatan Jika Perlu - KDN

Diterbitkan: Rabu, 18 Mei 2016 8:15 PM

Jho Low

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low untuk membantu siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) jika perlu, kata Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Rabu, KDN berkata pihak polis hanya akan memanggil Jho Low sekiranya terdapat keperluan untuk beliau hadir bagi membantu siasatan.

"Setakat hari ini, tiada sebarang pertemuan di antara pihak polis dan Jho Low," katanya menjawab soalan Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru).

Sim bertanya sama ada Jho Low telah berjumpa dengan pihak polis berkenaan dengan siasatan kes 1MDB.

Menurut KDN, polis melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman sedang menjalankan siasatan ke atas 1MDB di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu unsur pecah amanah dan penipuan.

"Siasatan ke atas 1MDB juga merangkumi kedapatan dalam Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ke atas 1MDB," katanya.

Tags / Kata Kunci: Jho Low , 1MDB

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan