Pelaksaan Pengurusan Kuota Bumiputera Perumahan Di P. Pinang Kurang Memuaskan

Diterbitkan: Rabu, 18 Mei 2016 1:50 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Tahap pelaksanaan Pengurusan Kuota Bumiputera Bagi Projek Perumahan di Pulau Pinang kurang memuaskan dan wujud beberapa kelemahan yang perlu dibuat penambahbaikan, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2015, Siri 1.

Menurut laporan itu yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini, walaupun kerajaan Pulau Pinang menetapkan kuota Bumiputera 30 peratus bagi setiap projek perumahan yang dibina, pelaksanaannya kurang memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan.

"Pengauditan yang dijalankan mulai Ogos hingga November tahun lepas mendapati beberapa kelemahan termasuklah pemilikan hartanah Bumiputera tidak  mencapai 30 peratus, status pembeli unit Bumiputera yang tidak disahkan, unit Bumiputera dijual kepada bukan Bumiputera sebelum kelulusan pelepasan dan akaun Amanah Perumahan Bumiputera Pulau Pinang tidak dibelanjakan," kata laporan itu.

Semakan audit turut mendapati kelemahan seperti pengiraan bayaran sumbangan pelepasan tidak tepat, belum dijelaskan dan mengambil masa selain sijil  kelayakan menduduki (OC) dan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) dikeluarkan tanpa surat sokongan.

Laporan itu berkata objektif pengauditan adalah untuk menilai sama ada pengurusan kuota Bumiputera bagi projek perumahan diurus dengan cekap, berkesan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Sehubungan itu, Ketua Audit Negara mengesyorkan beberapa tindakan yang perlu diambil oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri bagi memastikan pengurusan kuota Bumiputera dapat dipertingkat

Bahagian perumahan SUK perlu mewujud dan memantapkan lagi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang merangkumi kawalan dalaman di peringkat proses permohonan, pengiraan bayaran sumbangan pelepasan dan penetapan tempoh bayaran pelepasan yang perlu dijelaskan oleh pemaju.

Ketua Audit Negera turut mengesyorkan SUK supaya mewujudkan peraturan dan mengambil tindakan terhadap pemaju yang tidak mematuhi syarat jualan dan  pelepasan kuota Bumiputera.

"Pejabat SUK juga harus memastikan Pelan Pecah Sempadan yang menunjukkan kedudukan unit Bumiputera disertakan semasa permohonan pelepasan dibuat bagi memastikan unit Bumiputera yang diisytiharkan oleh pemaju adalah sama dengan unit Bumiputera yang telah disahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan diluluskan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bagi mengelakkan kesilapan pengiraan sumbangan pelepasan," katanya.

Selain itu, aspek pemantauan dan koordinasi harus ditingkatkan dengan pihak-pihak seperti PBT dan PTG bagi memastikan pembeli Bumiputera mendapat haknya dan kuota Bumiputera tidak disalah guna oleh pemaju sebelum kelulusan.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan