Nazir Razak Tidak Salah Guna Jawatan - CIMB

Diterbitkan: Rabu, 18 Mei 2016 10:04 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hasil semakan dalaman terperinci terhadap  aktiviti perbankan membabitkan akaun peribadi Datuk Seri Nazir Razak, mendapati beliau tidak menyalahgunakan jawatan serta kedudukannya sebagai Pengerusi Kumpulan CIMB dan Pengarah CIMB Bank.

Sehubungan itu, Nazir yang bercuti secara sukarela mulai 19 April lepas, akan menyambung semula tugasan serta peranannya menerajui kumpulan itu berkuat kuasa esok, kata CIMB dalam kenyataan pada Rabu.

Semakan dalaman itu diadakan susulan pengakuan Nazir berhubung pembabitannya membantu agihan dana sebanyak US$7 juta (US$1=RM4.04) menjelang Pilhan Raya Umum ke-13 lepas.

"Selain hasil semakan dalaman itu, barisan Lembaga Pengarah CIMB Group Holdings Bhd dan CIMB Bank Bhd turut mengambil kira keputusan undi percaya oleh pemegang saham terhadap kepimpinan Nazir pada mesyuarat agung tahunan 2016.

"Keputusan itu juga berkait rapat dengan rekod bersih perkhidmatan beliau dalam kumpulan ini sejak 1989," kata kenyataan itu.

Tindakan Nazir bercuti juga bagi memastikan ketelusan serta kewibawaan semakan dalaman oleh kumpulan CIMB susulan pengakuannya berhubung pengagihan dana berkenaan.

Menurut kenyataan itu, kehadiran Nazir untuk menyambung tugas dan tanggungjawabnya juga menandakan semakan menyeluruh berkenaan kini selesai.

"Pihak Lembaga Pengarah turut melantik firma audit luaran Messrs. Ernst  and  Young selain mendapatkan nasihat undang-undang bagi membantu mereka berhubung semakan dalaman itu," kata kenyataan itu.

Menurut CIMB, hasil semakan itu memutuskan bahawa Nazir tidak menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan pada ketika itu atau wujud sebarang bukti bahawa sumber-sumber bank itu diselewengkan.

Namun, pihaknya turut mengenal pasti beberapa kelemahan yang disusuli arahan Lembaga Pengarah supaya pihak pengurusan melakukan usaha penambahbaikan dengan segera.

Selain bertujuan mengukuhkan peraturan dalaman dan proses berkaitan bagi mengelak kejadian itu berulang, langkah itu juga dilakukan demi kemajuan masa depan kumpulan CIMB.

"Lembaga Pengarah komited untuk mengekalkan tahap tadbir urus korporat yang tinggi dalam kumpulan ini dan keputusan ini diambil dengan matlamat untuk memenuhi tanggungjawab berkaitan," kata Pengarah Kanan Bebas Kumpulan dan Pengerusi Jawatankuasa Auditnya, Datuk Mohd Nasir Ahmad yang dipetik dalam kenyataan itu.

Tags / Kata Kunci: Nazir Razak , CIMB

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan