MAFC Rugi Hampir Setengah Bilion Pada 2014

Diterbitkan: Rabu, 18 Mei 2016 3:44 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Laporan Ketua Audit Negara 2015 mendedahkan Malaysian Agrifood Corporation Berhad (MAFC) mengalami kerugian hampir setengah bilion ringgit pada 2014 dan mengalami aliran tunai negatif selama tiga tahun berturut-turut.

Laporan yang dikeluarkan pada Rabu berkata secara keseluruhan prestasi kewangan MAFC adalah kurang memuaskan kerana ia mencatat kerugian terkumpul sebanyak RM447.84 juta pada 2014 dan aliran tunai negatif bagi tiga tahun berturut-turut dari 2012 hingga 2014.

Menurut laporan itu, pada 2014, kerugian bersih selepas cukai MAFC adalah RM18.49 juta.

Audit yang dilakukan antara Julai dan Oktober 2015 memberi tumpuan kepada tadbir urus korporat, aktiviti utama dan aspek kewangan bagi tempoh dari tahun 2012 hingga 2015.

Ia juga menjelaskan secara amnya, MAFC mematuhi garis panduan ditetapkan mengenai tadbir urus korporat bagi pelantikan pengerusi, lembaga pengarah dan ketua pegawai eksekutif.

Namun terdapat beberapa aspek prestasi dan pengurusan aktiviti, tadbir urus korporat dan pengurusan kewangan yang bermasalah.

Audit mendapati tiada peningkatan dalam bilangan pengedar MAFC atau peruncit sejak 2012.

Laporan itu mendedahkan bahawa perjanjian kerjasama penyelidikan dan pertanian tanah tinggi untuk pajakan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) di Tanah Rata, Cameron Highlands masih belum digubal walaupun memorandum persefahaman ditandatangani pada 2008, tujuh tahun lalu.

MAFC dimiliki sepenuhnya oleh Khazanah Nasional Berhad dan objektif utamanya adalah untuk meningkatkan rangkaian pengedaran makanan dengan sistem teknologi dan logistik moden serta amalan terbaik seperti yang ditetapkan Standard Keselamatan Makanan Antarabangsa.
Tags / Kata Kunci: MAFC , kerugian , Mardi

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan