Kawasan Pesawat TUDM Terhempas Dikawal Rapi

Diterbitkan: Rabu, 18 Mei 2016 5:43 PM

Anggota-anggota polis keselamatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat kawalan di tempat sebuah pesawat Aermacchi MB339CM milik TUDM terhempas di Kampung Serum, Pekan, pukul 12.54 tengahari Selasa. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Kawasan pesawat Aermacchi MB339CM milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Kampung Pandan Dalam semalam di Nenasi dekat sini dikawal rapi oleh sepasukan anggota TUDM.

Orang awam sudah tidak lagi dibenarkan untuk menghampiri kawasan berkenaan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Malah petugas media juga tidak dibenarkan menghampiri kawasan kejadian dari jarak lebih kurang 70 meter atas faktor keselamatan.

Lebih kurang 10.30 pagi tadi sekumpulan pegawai kanan dan angggota dari Pangkalan Udara TUDM Kuantan yang dianggarkan seramai 12 orang kelihatan datang meninjau keadaan bangkai pesawat di lokasi kejadian.

Bagaimanapun sehingga kini masih tiada maklumat bilakah bangkai pesawat itu akan dibawa keluar dari lokasi kejadian tetapi Bernama difahamkan pihak TUDM akan bekerjasama dengan Tentera Darat Diraja Malaysia untuk urusan membawa keluar pesawat itu.

Pesawat yang membawa dua jurulatih penerbangan, Mejar Nazrul Hafiz Zaimi dan pelatih penerbangan, Left Mohd Hakimi Khairi dilaporkan terhempas setelah mengalami kerosakan teknikal di Kampung Pandan Dalam berhampiran Kampung Serun Dalam, kira-kira 100 kilometer dari Kuantan pada pukul 12.54 tengah hari semalam.

Kedua-dua mereka, bagaimanapun selamat apabila berjaya keluar menggunakan kerusi injal, namun Mohd Hakimi patah kaki kirinya dan masih dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Tags / Kata Kunci: TUDM , Aermacchi MB339CM

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan