Laporan Audit: Kasut Getah JPAM Tidak Ikut Spesifikasi

Diterbitkan: Rabu, 18 Mei 2016 2:38 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perolehan bekalan peralatan yang tidak memenuhi spesifikasi telah menyebabkan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengalami kerugian sebanyak RM840,000, Laporan Ketua Audit Negara 2015, Siri 1 mendedahkan.

Menurut laporan yang dikeluarkan hari ini, tiga jenis peralatan yang dibekalkan kepada JPAM itu ialah 1,010 pasang kasut getah dengan nilai RM68,680 melalui sebut harga, lapan jet ski (RM400,000) dan 64 'papan luncur' bernilai RM371,200.

Berdasarkan spesifikasi, kasut yang dibekalkan mestilah berwarna oren dan perkataan "HAK KERAJAAN MALAYSIA" bersaiz kecil dicetak di sebelah tepi bahagian atas dalam kasut berkenaan.

Bagaimanapun, kasut yang dibekalkan adalah berwarna kuning dan bukannya berwarna oren serta tidak dicetak dengan perkataan "HAK KERAJAAN MALAYSIA".

"Kasut getah berwarna oren memerlukan tempahan khas selaras dengan warna korporat JPAM manakala kasut getah berwarna kuning merupakan barangan sedia ada di pasaran," katanya laporan itu.

Ia berkata JPAM seharusnya mengambil tindakan menolak pembekalan yang tidak menepati spesifikasi yang telah ditetapkan dan menuntut semula perbezaan harga yang telah dibayar dengan harga sebenar kasut getah yang dibekalkan.

Semakan juga mendapati papan luncur dan jet ski yang dibekalkan tidak mengikut spesifikasi dari segi warna yang telah ditetapkan iaitu berwarna oren JPAM.

Proses pengauditan yang dijalankan ke atas JPAM dari Jun hingga September 2015 juga mendapati pengurusan perolehan bekalan dan perkhidmatan JPAM adalah kurang memuaskan, termasuk berlakunya pecahan kecil dalam pengurusan perolehan bernilai RM5.80 juta.

Kelewatan menandatangani kontrak antara 93 hingga 554 hari dan kelewatan mengemukakan bon pelaksanaan antara 4 hingga 70 hari telah mengakibatkan kerugian bernilai RM0.65 juta, kata laporan itu.

"Selain itu, peralatan antaranya seperti bot boleh kembung 12, 'commander signal baton', topi keselamatan, set generator, pakaian kalis api, alat pernafasan dan papan luncur yang dibeli melebihi 250 hari tidak digunakan dan tidak diujilari," kata laporan itu.

Ia juga mendapati peralatan yang diagih oleh ibu pejabat JPAM dan Pejabat Negeri JPAM (PNPA) tidak bersamaan dengan rekod terimaan di PNPA dan Pejabat Daerah JPAM. 

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan