Kerajaan Akur Jika ATSB Henti Cari MH370

Diterbitkan: Rabu, 18 Mei 2016 3:27 PM

(Ubah saiz teks)

BATU GAJAH: Kerajaan akur sekiranya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) mahu menamatkan misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 di Lautan Hindi.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata kawasan pencarian pesawat yang hilang sejak 8 Mac 2014 itu kini semakin menghampiri 120,000 kilometer (km) persegi.

"Sekiranya kita telah menyelesaikan usaha pencarian di kawasan yang  ditentukan (120,000 km), kita akur dengan Australia yang mengetuai pencarian dan nasihat pakar untuk mereka berhenti," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Akademi KTM (MyRa) di sini, Rabu.

Ab Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan ATSB pada Isnin yang melaporkan usaha untuk menemukan pesawat MH370 itu semakin tipis memandangkan kawasan pencarian kini berbaki 15,000 km lagi.

Menurut ATSB, sejak pencarian dimulakan dua tahun lalu sehingga 11 Mei lalu, pihak berkuasa telah menjalankan misi melibatkan kawasan seluas 105,000 km.

ATSB Malaysia, Australia dan China telah setuju sekiranya pencarian di kawasan seluas 120,000 tidak berhasil, kawasan pencarian tidak akan ditambah.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan