Polis Siap Sedia Hadapi PRK Kuala Kangsar, Sungai Besar

Diterbitkan: Selasa, 17 Mei 2016 11:50 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis sudah bersiap sedia bagi menghadapi segala kemungkinan dan cabaran dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada bulan hadapan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata segala perancangan kini sedang diatur pihaknya bagi memastikan PRK di kedua-dua kawasan itu berjalan lancar dan aman.

Khalid berkata polis akan menggunakan segala pengalaman yang ada bagi menghadapi kedua-dua PRK itu memandangkan ramai pihak menjangkakan kedua-dua kerusi itu dianggap 'panas'.

"Itu biasalah...bila PRK ini macam pesta, jadi ada sahaja pihak yang mahu merancakkan dan memeriahkan lagi kempen," katanya selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai untuk menjaga tingkah laku ketika proses kempen dan hari pengundian bagi kedua-dua PRK itu berlangsung.

"Bagi yang beragama Islam pula, saya harap anda bersabar memandangkan PRK dijalankan pada bulan Ramadan.

Jika anda hayati betul-betul nikmat berpuasa pada bulan mulia itu pastinya ia akan berjalan lancar," katanya.

Kekosongan kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar masing-masing berikutan kematian penyandangnya Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Jumaat lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor diadakan serentak pada 18 Jun ini manakala penamaan calon pada 5 Jun.

Tags / Kata Kunci: Khalid Abu Bakar

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan