Perdagangan Kerang Kian Terancam

Diterbitkan: Selasa, 17 Mei 2016 7:25 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pulangan bernilai jutaan ringgit hasil industri penternakan kerang di Malaysia kini di ambang kejatuhan dan Jabatan Perikanan mahu mengharamkan penuaian di waktu puncak musim bertelur bagi mengelakkan hasilnya jatuh lebih teruk.

Pada tahun 2005 Malaysia mengeluarkan 100,000 tan kerang untuk kedua-dua pasaran tempatan dan eksport.

Tetapi hanya 16,000 tan telah dituai pada tahun lepas yang dianggarkan bernilai kira-kira RM160 juta.

Ironinya garis pantai Malaysia adalah tempat pembiakan yang subur untuk kerang.

Pengarah Kanan Penyelidikan di Institut Penyelidikan Perikanan, Abu Talib Ahmad berkata, ketiga-tiga negeri utama pembiakan kerang iaitu Selangor, Perak dan Johor kini terjejas akibat pencemaran hingga menyebabkan kematian yang tinggi.

Kesannya dapat dirasai oleh pengguna yang kini perlu membayar antara RM10 dan RM15 sekilogram berbanding hanya RM2 dan RM3 sebelum ini.

"Ini adalah satu masalah kepada pengguna terutama mereka yang biasa makan char koay teow dengan kerang," katanya.

Menyedari kepentingan sumber makanan dan bagaimana ia memberi kesan kepada mata pencarian nelayan, Unit Perancang Ekonomi (EPU) memperuntukkan RM500,000 bagi kajian selama setahun mengenai langkah pemulihan industri ini di Selangor.

Abu Talib berkata walaupun Selangor telah mengatasi Perak sebagai negeri pembiakan kerang utama tetapi hanya 3,327 tan dituai tahun lepas berbanding 40,000 tan pada kemuncaknya.

Penyelidikan yang dijalankan oleh jabatan itu dengan sokongan Pusat Penyelidikan Sains Pertanian Antarabangsa Jepun mengesyorkan 'musim penutupan' tahunan bagi penuaian kerang.

Selain itu turut disyorkan ialah pengharaman penuaian di tapak pembiakan kerang semulajadi.

Abu Talib berkata cadangan ini adalah sebahagian daripada rancangan pengurusan secara keseluruhan dan hanya akan dapat dilaksanakan setelah mendapat pandangan semua pihak yang berkepentingan daripada nelayan dan petani sehinggalah kepada penjual char koay teow.

Tags / Kata Kunci: Kerang

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan