54,941 Pati Di Sabah Diusir Sejak 2014 Hingga Mei 2016 - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Selasa, 17 Mei 2016 12:02 AM

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Sebanyak 54,941 pendatang asing tanpa izin (Pati) di Sabah telah diusir ke negara asal dari tahun 2014 hingga 12 Mei tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS) berkata, pada tahun 2014 sebanyak 17,720 PATI telah diusir ke negara asal dan jumlahnya meningkat kepada 27,769 orang pada 2015 dan sehingga 12 Mei tahun ini pula sebanyak 9,452 orang dihantar pulang.

"Fokus kerajaan yang pertama ialah untuk menangani isu keberadaan PATI di negeri Sabah dengan menggiatkan tindakan penguatkuasaan dan pengusiran mereka ke negara asal. Fokus kedua ialah menggiatkan usaha mengekang kemasukan PATI termasuklah meningkatkan tahap keselamatan di perairan Sabah.

"Usaha ini antara lainnya boleh dilihat melalui perlanjutan Perintah Berkurung di tujuh daerah iaitu Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran yang telah memasuki fasa ke-42, berkuat kuasa mulai 7 malam hingga 5 pagi," katanya dalam kenyataan bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang juga Pengerusi Bersama JKPWAS bersempena mesyuarat JKPWAS di sini Isnin.


Katanya melalui perintah berkurung berkenaan segala pergerakan bot dan kapal diwajibkan mendapat kebenaran serta permit daripada pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Menurut Ahmad Zahid, Esscom turut meningkatkan operasi memburu PATI di kawasan berkenaan dan sejak 2015 hingga 4 Mei 2016, Esscom telah melaksanakan sebanyak 1,823 operasi penguatkuasaan dengan kejayaan menahan reman sebanyak  11,688 orang PATI.

Beliau berkata fokus ketiga JKPWAS adalah berkaitan isu pemilikan pelbagai jenis dokumen dalam kalangan warga asing di Sabah dan isu pengeluaran kad pengenalan oleh sindiket dan orang yang tidak bertanggungjawab sebagaimana dibangkitkan saksi-saksi daripada kalangan ahli politik, penulis dan orang awam semasa prosiding Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing di Sabah.

Katanya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melalui sebuah Jawatankuasa Khas Kad Pengenalan telah menjalankan siasatan terhadap kad-kad pengenalan terbabit dan semenjak jawatan kuasa itu ditubuhkan pada tahun 1999 dan sehingga kini sebanyak 28,510 rekod telah dibatalkan dan tidak dikeluarkan dengan kad pengenalan baharu.

Menurut Ahmad Zahid JPN juga telah mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan yang melibatkan aspek perundangan dan inovasi sistem bagi maksud permohonan kad pengenalan dengan pengeluaran kad pengenalan di seluruh negara di bawah satu peraturan seragam iaitu melalui Peraturan-Peraturan Pendaftaran 1990.

"Di bawah peraturan ini, JPN memperkenalkan kad pengenalan 12 digit yang diproses menggunakan sistem komputer bagi menggantikan pengeluaran kad pengenalan secara manual. Melalui penambahbaikan sistem pula, JPN telah menggunakan sistem pengecaman cap jari bersepadu (AFIS) semenjak tahun 1998," katanya.

Melalui sistem itu, katanya sebelum sebarang kad pengenalan dikeluarkan, ia perlulah melalui proses pengesahan berpusat di Ibu Pejabat JPN Putrajaya sahaja sebagai salah satu kaedah kawalan dalaman bagi membendung berlakunya pengeluaran kad pengenalan yang tidak teratur.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan