MTUC Bantah Lokasi Baharu Mahkamah Perusahaan

Diterbitkan: Selasa, 17 Mei 2016 1:19 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berkumpul di hadapan bangunan Parlimen pada Selasa untuk membantah penempatan baharu Mahkamah Perusahaan.

Pemangku Presiden MTUC, Abdullah Sani Abdul Hamid ketika ditemui di luar Parlimen berkata, anggota kongres itu hadir bagi menyerahkan memorandum mengenai perkara itu kepada seorang wakil daripada Kementerian Sumber Manusia.

"Kami membantah kerana lokasi yang dicadangkan adalah tidak sesuai sama sekali.

"Para pekerja terdiri daripada mereka yang berada dalam kelas rendah dan sederhana. Tempat ini (lokasi baru), sukar untuk mendapatkan pengangkutan awam.

"Jadi kami mencadangkan supaya ia tidak dipindahkan atau berpindah ke bangunan Dayabumi di KL atau bangunan Bank Rakyat di Brickfields," katanya.

Mahkamah Perusahaan kini terletak di Jalan Makhamah Persekutuan dan dijangka dipindahkan ke Wisma Perkeso di Jalan Tun Razak.

Tags / Kata Kunci: MTUC , Abdullah Sani

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan